Saturday, April 23, 2011

.saya minta maaf sebab lukakan hati awak, nah bandage dengan iodine, nak saya tolong balutkan? hehe kidding.

Assalamualaikum.

Semua up status pasal exam. kalau time time ni kau up status lebih kurang

ouh hatiku terluka.

sanggup awak buat macam ni.

bestnya lepak tepi pantai makan ice cream ( aku rindu saat foyafoya ini)

ee shuwitnyewww yayunk shayewwww ( penyepak nakkkk?)

so untuk jadi up to date, status haruslah lebih kepada ilmiah.motivasi.......dan macam macam lagi. bila bagi nasihat selalu aku hilang idea kan? nampak sangattttttt.

mak aku cakap, kawan aku cakap, cikgu kaunseling aku pun ada cakap sekali rasanya. kot la. aku lupa. mereka cakap, sila minta maaf dan memaafkan orang lain sebelum exam. tambah tolak tambah nasik, macam restu ilmu. so, aku dah buat karangan khas untuk mintak maaf. karangan khas ini bergenre seram. eh silap. ia bergenre YA AKU TAIP IKUT APA YANG TERLINTAS DEKAT KEPALA AKU WEH GILA ESOK EXAM APAHAL AKU KENA BUAT KARANGAN ELOKELOK PULAK. perghh. sekali lafaz tak lepas ni.ni umum tauuu. sesiapa yang tersenarai sila maafkan aku bila aku terbuat benda ni kat korang. ikhlas ni. ikhlas sangat. ikhlas gila. see? kali ketiga cakap ikhlas bunyinya macam FAKE sungguh. haha. okay stop gelak tak lawak pon.

Awak,

saya mintak maaf sebab termaki awak bila awak jalan depan saya dan velocity pergerakan awak adalah selaju siput patah kaki. dah lah siput, patah kaki pulak tu.

saya mintak maaf bila saya terconteng meja kat bilik kuliah mahupun lab mahupun library. godaan kuat sangat. saya tak mampu menahan desire itu. ya sailormoon tu saya yang lukis. rajah "shit" itupun saya.

saya mintak maaf bila saya guna kereta sewa awak dan saya tukar gear kadang kadang biar enjin terseksa. masalah nya saya malas dan dalam hati saya kata, BUKAN KERETA AKU PUN HAHA *evillaugh.

saya mintak maaf bila saya potong line awak masa nak ambik nasik, nak bayar makanan or nak beli air. saya lapar sangat KOT masa tu. tapi nasib baik saya tak makan awak kan? lagiiiii susah.

saya mintak maaf bila saya tercaci awak sebab awak dan so-called shayunkkkk awak duduk tepi pantai tak kiralah tok jembal, batu burok or teluk ketapang sambil HUGHUG. saya geli sampai rasa nak baling tayar kereta kat awak.

saya mintak maaf bila saya membebel kat awak bila awak nak naik bus pergi mana mana contohnya balik kampung." EH KAU JANGAN TIDUR SANGAT MAS DALAM BAS TU, KALAU NAK TIDUR PON JANGAN TAK SEDAR TERUS.HA BEG DUIT DENGAN PHONE TU JAGA LEKLOK JANGAN BAGI LEPAS. TAK PAYAH TEXT DENGAN ORANG YANG TAK PENTING. SAVE BATTERY UNTUK HAL KECEMASAN.BUKAN KITA TAU APA YANG ADA KAT TENGAH JALAN TU. JAP LAGI TURUN DARI BAS, CEK SEMUA BENDA DAH LENGKAP BARU TINGGALKAN SEAT. DOA SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN TU PENTING. bukan jeles sebab awak dapat balik tapi saya basi kat unisza. tapi ia lebih kepada sebab saya saya risau awak naik bas yang besar gedabak tapi laju tak hengattt.

saya mintak maaf bila saya buat muka tak rela and tak nak lepaskan awak naik motor pergi mana mana. saya fobia dengan motor. saya fobia orang lain naik motor jugak. so kalau nak naik motor, jangan lakukan depan saya. hehe. motor naik awak tak apaaa.

saya mintak maaf bila saya buat awak pening dengan bahasa melayu saya yang ala ala keling mix dengan google translate. insyaAllah akan di perbaiki. tapi bila baru boleh terer itu saya tak janji.

saya mintak maaf sebab terpukul nyamuk kesayangan awak. kalau ada lah nyamuk tu. sebab bilik saya banyak nyamuk okay apa aku cakap ni.

saya mintak maaf dengan semua orang. yang ni versi serius sikit. saya bukan orang yang sempurna. jauh sekali perfect. eh bukan sama kaa? next.

"memaafkan dan dimaafkan adalah antara benda terbaik yang terjadi pada kita. sebab selepas dua perkara tu, hati kedua belah pihak akan jadi lebih tenang." Prof Norizah ececeh perasan.

wishing you all good luck for your exam and jangan lupa doa. jangan sombong minta dari yang memang berkuasa. bye!



3 sembang HUHAHUHA:

fareha kamal said...

apa?kau yang bunuh nyamuk kesayangan dahku? sobs sobs . aku dah tau pembunuhnya sape .

AslamTaslim said...

1 Sounds so gay: maap lau ada salah silap, hahak, padahal xpernah b'tegur. good luck dengan exam ya.

Cik EEzah said...

@Fareha Kamal : nyamuk kau yang pakai pink tu eh? i think i did it. up sorry. tapi bukan before ni dia barah otak ke? so kira aku ringankn beban dia lah niiiii. hehe


@Aslam Taslim : okay di maafkan. selamat hari raya aidilfitri jugak. eh pernah la tegur! lupa eh? -___-"
haha. good luck too!